Saya adalah sebahagian dari Generasi Y - walaupun saya selalu perasan
dan selalu dengar muzik Generasi X. Saya faham perasaan golongan
generasi ini sebab saya pun rasa perasaan yang sama. Arwah nenek dan
atuk saya adalah Generasi G.I - digelar "The Greatest Generation" -
kerana mereka terlibat dalam Great Depression dan Perang Dunia Kedua dan
selamat. Mereka bekerja keras untuk survival.
Zaman ibu dan ayah saya pula adalah generasi Baby Boomers - dimana zaman
itu, selepas perang, hasil KDNK semua negara meningkat kecuali mereka
yang kalah perang (Jerman, Jepun etc.), tetapi mereka meningkat semula
selepas Amerika melancarkan program Marshall dan membantu dunia dalam
pembangunan semula selepas perang. Dunia terbahagi kepada dua - komunis
dan kapitalis.
Pada generasi zaman Baby Boomers - walaupun tidak sestruggle Generasi
G.I, tetapi mereka menghadapi era Perang Vietnam dan krisis harga minyak
naik melambung. Generasi X pula lahir sekitar 1970an, di mana mereka
adalah golongan yang menghadapi persaingan saat akhir Perang Dingin.
Semasa runtuhnya Tembok Berlin, Generasi G.I berusia lebih kurang 60
tahun, Baby Boomers mungkin 30-40 tahun, Generasi X - 20 tahun (generasi
terbaik dari segi muzik, mungkin) dan saya, generasi Y - baru nak
membesar. Ketika ini, golongan G.I baru nak bersara, melihat anak-anak
mereka dari Baby Boomers, seperti mak dan ayah saya mula berkerjaya.
Generasi X - seperti pakcik saya sedang jiwa kacau dan mungkin sedang
banging kepala dalam gig, dan saya, baru nak kenal huruf.
Selepas Perang Dingin ekonomi menjadi lebih baik, keseluruhannya. Saya
tak kata semua golongan Baby Boomers dapat kerja yang stabil, tapi
kebanyakannya begitu. Mereka ada kerja yang stabil dan ekonomi pun baik.
Masa itulah projek di Malaysia macam-macam - dari KLCC, LRT, KLIA dan
macam2. Dan ketika inilah, golongan Baby Boomers dilihat oleh generasi
Y, sebagai mereka yang berjaya. Ekonomi melimpah ruah. Dan kami berharap
kami pun boleh berjaya macam mereka.
Tetapi krisis ekonomi pada penghujung 90an memusnahkan segalanya.
Ekonomi dunia sebenarnya tak pernah in the same condition seperti tahun
selepas jatuhnya Empayar Soviet dulu. Pada masa ini, golongan G.I pun
dah berusia 70, mungkin 80 tahun. Baby Boomers seperti mak dan ayah saya
berusia 50 ke 60 tahun, dah nak bersara. Generasi X yang rebellious
pula sudah berusia 40 tahun, di pertengahan karier dan saya, 30an, baru
start karier dan krisis subprima 2008 menyukarkan kami.
Jadi, sudah tentu kami tidak gembira bila dibandingkan dengan G.I
Generation yang berperang dalam krisis ekonomi paling dahsyat. Seperti
dalam filem Fight Club - "our war is spiritual war, our depression is
our lives". Kami tidak ada perang dunia kerana perebutan dua kuasa
besar, kami cuma ada perang yang bersifat spiritual. Kami tidak ada
Great Depression untuk kami rasa "oh, kami sanggup kerja apa sahaja
untuk sesuap nasi". Pada masa kami membesar, kami melihat era 1990an
yang serba berjaya seperti ditulis dalam buku The End of History Francis
Fukuyama. Akhirnya, apabila kami baru nak mula, sebenarnya ia the end
of happy things. Semuanya merudum. Harga barang mahal, kos kehidupan
meningkat, tapi peluang kami bekerja semakin sengit untuk direbut. Semua
orang ada sijil universiti. Semua orang kata "mereka layak untuk kerja
ini", tapi hakikatnya, universiti hanyalah jadi macam cop SIRIM kepada
periuk nasi sama ada boleh dipakai atau tak. Ya, kami Generasi Y ni
dianggap sebagai periuk nasi ataupun seterika.
Jadi tulisan ini ditulis panjang lebar bagi menerangkan - perbandingan
antara satu generasi ke satu generasi tidak boleh sama. G.I Generation
mungkin generasi terhebat - tapi mereka tidak menghadapi tekanan
expectation yang tinggi semasa mereka mula membesar dulu. Baby Boomer
mungkin struggle a bit pada awal tapi pada zaman karier mereka, ekonomi
sedang mewah. Generasi X adalah mereka yang tersepit antara Baby Boomers
dan Y - ada di kalangan mereka sudah berjaya di bahagian IT ataupun
bahagian muzik - mereka generasi yang cool. Generasi Y - kami bermula
pada karier ketika tidak ada perang besar untuk kami berkorban, tapi
tekanan ekonomi dan kos hidup meningkat.
Generasi Z - shhh, diam-diam. Pergi main Angry Birds kamu dan dengarlah One Direction kamu.
p/s: Saya gembira jadi penulis sebab ini adalah cita-cita saya sejak
kecil, dan saya tak expect tinggi kerana walaupun mak ayah saya Baby
Boomers, mereka bukan orang senang. Jadi saya masih faham kenapa dunia
ini perlu struggle untuk terus hidup.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.