Pesta Jualan Buku 'Serigala Besar Jahat 2013' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'The Big Bad Wolf Book Sale 2013' bermula dari pukul 7 pagi 6 Disember 2013 hingga pukul 9 malam 15 Disember 2013. Lokasi pesta jualan ini bakal diadakan di The Mines Seri Kembangan. Banyak judul-judul buku menarik dijual pada diskaun sehingga 75%-95%. Menariknya tentang pesta ini, ia berlangsung secara berterusan 24 jam setiap hari bersamaan 230 jam straight.
Jadi, bagi pekerja-pekerja yang tidak berkesempatan berkunjung pada waktu siang kerana terpaksa kejar shift, masih berpeluang mengunjungi pesta jualan ini pada pukul 3 pagi.
![]() |
Buku Kanak-Kanak dijual pada harga serendah RM1 |
![]() |
Sejumlah 250,000 buah buku Bahasa Melayu dijual serendah RM3 |
![]() |
Biasa kat Kino cecah ratus-ratus buku ni, kat BBW cuma RM20 |
Paling menarik bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil adalah
tempat mainan kanak-kanak turut disediakan pada kadar RM10 sejam dan
RM30 untuk sehari suntuk. Krew-krew BBW akan menolong tengok-tengokkan
anak-anak anda bermain di sana. Anak-anak juga dipesan supaya memakai
stokin sewaktu bermain di dalam playland ini.
-Maklumat lanjut boleh diperoleh di The Big Bad Wolf Books
0 comments:
Post a Comment