Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di
antara Zain Saidin, 29 tahun dan Rozita Che Wan, 40 tahun. Bertempat
di Gazebo Setia City Convention Centre, majlis pernikahan telah
berlangsung kira-kira jam 9.10 malam tadi. Jutaan tahniah Abang Nara
ucapkan kepada mereka berdua atas masjid yang dibina ini.
Rozita
Che Wan telah diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan dan menerima 9
peti hantaran wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas
kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Selain itu, peti
hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak
wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon
bimbit dan cincin.
Sebelum
majlis akad nikah bermula, cincin pertunangan telah disarungkan oleh
ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah. Pihak lelaki pula menerima sebanyak
sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan
tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam
serta cincin.
Che
Ta turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada
tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai
leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib
Jewels. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Zain dan
Rozita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran
cahaya mata. Tahniah!!! Kredit gambar Ikram Ismail dan CarlosNizam.
0 comments:
Post a Comment