Sesetengah
daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi,
boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada
pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan
kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan
mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu
menghilangkan stress bagi wanita?
Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan
bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi
kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America,
sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki
yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari
bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.
Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh tanpa deodoran)
itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan
25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau
peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian
akan dijalankan ke atas mereka.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian
yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil. Hasilnya
sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood
wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan
wanita menjadi kurang stress.
Wednesday, December 11, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment