USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG
PELAKON: Ustaz Azhar Idrus Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.
PENERBIT: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN : 28 November 2013
TAYANGAN : 28 November 2013
SINOPSIS USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu
(Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja
dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung
hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan
agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang
bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan
perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita
mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada
mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk
kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam
perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan
pelbagai musibah.
0 comments:
Post a Comment