Sejak hubungan cinta yang terjalin seama lima tahun bersama pelakon Hairul Azreen putus di tengah jalan sekitar Februari lalu, aktres Faralyna Idris tidak menoleh ke belakang.
Sebaliknya gadis berusia 22 tahun
ini gigih mengukuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon disamping masa
senggangnya diluangkan untuk keluarganya.
Bagaimanapun saat ditanyakan sama dia
sudah punya pengganti sekarang, Faralyna tidak banyak berdalih. Mengakui
dia kini sedang mengenali seorang jejaka namun Faralyna selesa untuk
merahsiakkan dulu indeniti teman lelakinya itu. Katanya, pengalaman lalu
mengajar supaya tidak terlalu menjaja kisah cinta dan tidak mahu
terburu-buru dalam soal kahwin. Lagi pula usianya masih muda.
"Ya, sekarang ni saya sedang mengenali
seseorang. Tapi terlalu awal untuk nak cerita lebih. Kami pun baru kenal
lebih kurang enam bulan. Dia bukan orang dalam industri. Saya bukanlah
nak sorok dia dari pengetahuan semua. Tiada sebab saya nak berahsia, apa
gunanya? Sebab, kalau nanti saya keluar dengan dia, orang akan nampak
juga.
"Saya masih muda dan belum masanya untuk
berkahwin. Fokus saya sekarang pada kerja dan keluarga. Saya belajar
daripada kesilapan lalu. Saya tak mahu terlalu menjaja tentang kisah
cinta. tapi kalau orang bertanya saya akan jawab. Macam sekarang bila
ditanya status saya? Saya, single but not available", kata Faralyna
ketika ditemui pada sidang drama web, Dan Calonnya Adalah... bertempat di Score, The Roof Damansara, semalam.
Dating Dengan Calon-Calon Suami
Sementara itu bercerita tentang drama
terbaru lakonannya itu, Faralyna berkata memengang watak sebagai Katrina
memberinya satu pengalaman baru dan menyeronokkan apabila dia
berpeluang melalui 'temujanji' dengan 14 lelaki.
"Satu pengalaman baru sebab saya dapat
lalui saat ber-dating, lebih-lebih lagi dating dengan lelaki-lelaki yang
ada pelbagai kerenah. Tak pernah terfikir dapat lalui saat macam dalam
drama ni. Antara pengalaman paling best, dating dengan Ikhwan. Sebab dia bawa karakter seorang lelaki pemalu, sepatah di tanya sepatah yang dia jawab.
"Dating dengan JS (Ji Sung) pun
best sebab dia seorang lelaki yang pentingkan kesempurnaan dan obses
dengan diri dia sendiri. Dia nak nampak kacak jer sentiasa, kelakar lah
masa 'dating' dengan dia.
"Tapi sejujurnya saya tak suka kalau
jodoh saya diaturkan oleh ibu bapa. Sebolehnya biarlah saya cari
sendiri", katanya yang mengimpikan seorang lelaki yang simple dan tinggi
untuk dijadikan teman hidup.
Dan Calonnya Adalah...
mengisahkan Katrina yang didesak oleh ibunya Puan Kamariah supaya
berkahwin dengan Haris yanag mana pemuda tersebut adalah lelaki pilihan
ibunya itu. Namun Katrina menolak dan berkeras untuk berkahwin dengan
lelaki pilihannya sendiri.
Atas bantuan rakannya, Katrina mendaftar
di sebuah agensi mencari jodoh. Menerusi satu temujanji ke satu
temujanji, Katrina terpaksa berdepan dengan kerenah 14 jejaka antaranya,
usahawan paling muda Aman (Haris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan)
yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung)
seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil
(Amar Bahrin) Seorang 'camwhore', Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwa
Hot.FM), Rohan (Aldo Gumara) seorang atlet dan ramai lagi.
0 comments:
Post a Comment