act
Thursday, December 5, 2013

8:34 AM
Berita-berita tentang 'rasionalisasi' harga barangan keperluan sudah menjadi lali untuk didengar oleh rakyat berpendapatan rendah seperti aku semenjak berakhirnya Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Bermacam-macam jenis kenaikan yang diumumkan. Ada yang cuma bersen-sen dan ada juga yang naik hingga beringgit-ringgit. Nampak kenaikannya macam sikit, tapi kesan berantainya tu memang besar.
Kenaikan terbaru yang melibatkan kenaikan tarif elektrik tentunya turut memberi kesan terhadap belanja harian aku sebagai rakyat biasa. Lainlah kalau aku ni duduk kat dalam gua dan pasang unggun api malam-malam.
Kenaikan tarif elektrik ini di'adjust'kan kepada dua bahagian.struktur harga. Komponen-komponen tersebut adalah komponen Bahan Bakar yang menyumbangkan 82% terhadap kenaikan tarif ini. Manakala baki 18% melibatkan komponen bukan Bahan Bakar. Dari pengumuman kenaikan 4.99 sen/kWj ini, 4.09 sen adalah kos bahan bakar (3.41 sen untuk LNG, 0.51 sen untuk gas yang disalurkan dan 0.17 sen untuk arang batu). Selebihnya 0.9 sen untuk kos yang melibatkan bukan bahan bakar.
Kenaikan ini adalah sesuatu yang patut aku sokong jika bapak aku adalah salah seorang Pengeluar Tenaga Bebas (Independence Power Producers). Tetapi, realitinya, kenaikan ini membebankan aku kerana pendapatan isi rumah aku dan bapak aku adalah dibawah RM1,500 setiap bulan. Aku harap ada sesiapa di sini yang sudi memberikan pencerahan kepada aku tentang bagaimana kenaikan kos ini boleh berlaku.
Buat masa ini, pada pendapat aku la kan, kenaikan ini disebabkan oleh pengurangan subsidi bahan api yang dibuat oleh kerajaan. Subsidi bagi sektor guna tenaga yang diberi oleh kerajaan dianggarkan antara RM 8 billion hingga RM 12 billion setiap tahun, bergantung kepada harga pasaran semasa bahan api, terutamanya gas.
Melalui kenaikan tarif elektrik sebanyak 4.99 sen/kWj ini, kerajaan mampu melakukan penjimatan subsidi antara RM 4.7 billion hingga RM 7 billion setahun.
Diharapkan penjimatan ini mampu dimanfaatkan sebaiknya untuk kesejahteraan rakyat. Semoga tiada pihak-pihak berkepentingan akan menyalahgunakan Incentive Based Regulation (IBR) ini untuk kegunaan peribadi.
Masalahnya, boleh percaya ke duit dari penjimatan subsidi tu tidak akan disalahguna hingga mengorbankan kepentingan rakyat Malaysia?

0 comments:

Post a Comment