Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan
pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5000 sebulan dengan
pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu.
Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun,
jumlah bayaran yang anda langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah
faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.
Anda rasa itu biasa saja bukan?
Tahukah anda, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli
itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji anda pula
mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).
Kali ini, kami akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak
hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa
ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh.
Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.
Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke
mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa
ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan
berleluasa di semua peringkat.
Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak riba lagi, dan kita
menggunakan SISTEM EKONOMI ISLAM dan sistem perbankkan Islam. Mahulah
kami simpulkan, dari pengertian riba yang sebenarnya, bahawa sistem
perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa
perubahan actual dalam kekejaman kewangan. Hari ini kita pasti akan
keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan
RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang
sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin
lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari
Islamik.
Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia. Kerana ia
lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang
disembelih dengan BETUL TEKNIKNYA oleh Ah Seng dan juga ayam yang
disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya.
Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah
kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh
lebih bersih dan sihat pun.
Sebelum ada yang bersilat melatah dan mengeluarkan komen-komen yang
buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kami tunjukkan mekanisma
bagaimana riba ini menghancurkan manusia.
Riba, Agenda Perhambaan Zaman Moden
Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya.
Seorang lelaki dewasa yang dikatakan MERDEKA telahpun berhadapan dengan
hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan motor. Berapa
ramaikah yang masih bebas dari riba? Adakah lagi? Jika mahu ditanggap
oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan riba, pastinya tak cukup
penjara nak disumbatkan pesalah-pesalahnya.
Penjelasan Secara Teknikal
Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita
berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI.
Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang
mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana
sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai
mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan
hutang kad kredit.
Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang
merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan
hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar
hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.
Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita
mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan
mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah
kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai
RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan
senang hati.
Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY
tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan
kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang
mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana
kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib
maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal.
Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan
mengambil untung berlebihan.
Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI
apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU
MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga
bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki
kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.
Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew
di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan
oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka.
Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan
rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari
kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun
tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI
TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi
itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia
akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.
Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga
untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke
lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku
dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.
jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta
yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan
meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga
katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN,
bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.
Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka
kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah katakana
bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.
Pesanan Larangan Riba adalah Pesanan Terakhir Nabi
Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik.
Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak
atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik.
Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah
baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.
Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan
oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia
adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah
dari Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba berlaku
dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah
tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?
Jika kita katakana kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan,
mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi
semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk
mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan
riba untuk berkahwin?
Mekanisme Kemusnahan Senyap
Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita
sendiri sebagai walinya telah hilang KEMERDEKAAN yang menjadi salah satu
syarat sah seorang wali. Bagaimanakah kita ini? Kita belum merdeka dari
hutang. Kita sentiasa rasa kita tak boleh nak mati hari ini kerana kita
masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan
isteri kita nanti. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak sedia untuk
dipanggil Allah. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak rindukan
Allah. Hari-hari kita akan bangkit untuk bekerja dari pagi sampai ke
malam JUGA UNTUK BAYAR HUTANG. Kita kata kita CINTA ALLAH tetapi sehari
kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu).
Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah.
Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk
membayar hutang kepada TUAN kita.
Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai antara anda yang
belumpun gaji masuk ke akaun tetapi telah ada bahagian orang lain dari
pendapatan itu. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti,
hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.
Adakah masa untuk anda bangunkan ummah?
Bilakah masa untuk anda perkasakan Islam?
Adakah lagi baki masa untuk anda melaksanakan sunnah?
Ataupun anda hanya panggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam
sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah anda itu mampu
untuk menjadi satu disiplin actual gerak kerja yang memajukan Islam atau
hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan? Mengapa pula masjid kini
berkunci pada bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti
sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat? Di masjid sekarang
ini, mengapa hanya cantik tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di mana
perekonomian? Di mana baitulmal? Di mana fungsi social? Di mana fungsi
pembinaan umat? Di mana fungsi pembangunan keluarga? Di mana segala
fungsi masjid yang dahulu ada dalam masjid nabi tetapi hari ini masjid
hanya jadi pusat solat. Jika tidak dikunci malam hari akan jadi pusat
zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.
Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan PALSU. Mereka tak seluk
saku untuk lihat kemampuan tetapi menjengah PUSAT RIBA berapakah mereka
layak untuk berhutang.
Golongan BERHUTANG adalah salah satu dari golongan ASNAF menurut
Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita
kebanyakannya di Malaysia ini adalah golongan ASNAF. Jika apa yang
terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi
baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Siapa pula nak
membayar zakat jika semuanya adalah PENGHUTANG?
Ataupun, pada zaman Nabi dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang
berhutang itu adalah golongan yang sangat terdesak dan mereka berhutang
kerana mereka lapar dan keputusan makanan mungkin. Inilah orang yang
layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.
Halusnya Konspirasi Mereka
Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus
menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana Skim Ekonomi Ponzi
yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini?
Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang-hutang dan
riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik.
Kita pula, nak ikut model kejatuhan itu. Household Debt (Hutang
Isirumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya,
anda tahu apa akan berlaku pada kita nanti.
0 comments:
Post a Comment