
Apabila harga iPhone model lama yang sedia ada dipasaran mulai diturunkan, itu petanda jelas bahawa iPhone model baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi beberapa minggu selepas penurunan harga iPhone model lama berlaku.
Walmart, rangkaian pasaraya terbesar di Amerika bertindak menurunkan harga iPhone 5 dan iPhone 4S. Penurunan harga yang dilakukan oleh Walmart adalah secara kekal.
Harga yang diturunkan akan tetap begitu sampai bila-bila dan bukannya hanya diturunkan semata-mata untuk promosi. Jika Walmart menurunkan harga iPhone 5 dan iPhone 4S secara kekal, penjual iPhone yang lain akan melakukan hal yang sama terutama seller yang menjual iPhone secara online.
Harga iPhone 5 dan iPhone 4S dijangka makin menurun saat kita masuk ke bulan Ogos 2013 kesan dari penyebaran khabar angin bahawa iPhone model baharu bakal muncul billa-bila masa dalam minggu kedua bulan September 2013, sama seperti iPhone 5 yang diperkenalkan pada 12 September 2012.
Dari apa yang kami baca, Apple kemungkinan akan memilih bulan yang sama (September) untuk membuat pelancaran rasmi iPhone model baharu selepas iPhone 5. Tradisi pelancaran iPhone model baharu akan dikekalkan.
Dari apa yang kami di Awani baca, iPhone model baharu selepas iPhone 5 bakal diperkenalkan dalam bulan September 2013 menjelang akhir musim luruh. iPhone model baharu itu akan menggunakan sistem operasi iOS 7, versi terbaru iOS buat masa ini dalam tahun 2013. Bagi kita di Malaysia, harga iPhone 5 dan iPhone 4S masih kekal diparas harga biasa.
Berikut disenaraikan harga iPhone 5, iPhone 4S dan iPhone 4 di Apple Online Store Malaysia sehingga minggu terakhir bulan Jun 2013.
Harga iPhone 5 Di Malaysia
16GB RM 2,199.00
32GB RM 2,499.00
64GB RM 2,799.00
Harga iPhone 4S di Malaysia
16GB RM 1,799.00
Harga iPhone 4 di Malaysia
8GB RM 1,449.00
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.