Nampaknya industri hiburan antarabangsa telah kehilangan seorang selebriti yang sangat berbakat iaitu Paul Walker.
Menerusi laporan BuzzFeed,
Paul Walker dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian apabila
kenderaan yang dipercayai dipandu oleh individu yang tidak dikenali
identitinya hilang kawalan lalu melanggar tiang telefon.
Kehilangan Paul Walker turut dirasai seluruh dunia
Kemalangan tragis yang berlaku di Santa Clarita, Los Angeles telah meragut kedua-dua nyawa mereka.
Keadaan kereta yang dinaiki Paul Walker selepas kemalangan
Menerusi laman Twitter rasmi milik Paul Walker, wakil daripada
kumpulannya telah menulis beberapa patah perkataan untuk mengesahkan
tentang berita kematian pelakon kacak itu.
Wakil Paul Walker mengesahkan kematian pelakon ini
Menurut sumber, mereka dikatakan dalam perjalanan untuk ke sebuah majlis kutipan amal Typhoon Haiyan, Filipina.
Kanan: Paul Walter meninggalkan seorang anak perempuan remaja
Sebagai tambahan, pelakon kacak yang
terkenal menerusi filem Fast And Furious telah meninggalkan seorang anak
perempuan berusia 15 tahun bernama Meadow.
0 comments:
Post a Comment