
KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda dua negeri iaitu Johor dan Pahang semakin meruncing apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat masing-masing seramai 5,659 dan 5,393 orang setakat 3 petang tadi, menurut laman Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara.
Sebelum itu seramai 4,765 mangsa dipindahkan di Johor manakala Pahang seramai kira-kira 5,000 orang.
Bagaimanapun, mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 229 berbanding 803 orang pada jam 1 petang.
Sebanyak 1,251 keluarga di Johor
membabitkan daerah Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Segamat dan Muar kini
ditempatkan di 42 pusat pemindahan banjir manakala di Pahang, 1,413
keluarga ditempatkan di 46 pusat pemindahan membabitkan daerah Kuantan,
Maran, Pekan dan Rompin.
Jabatan Meteorologi Malaysia pagi tadi
mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang dan
Terengganu yang dijangka berterusan sepanjang hari ini.
-Harian Metro
Tengku Mahkota Pahang Mahu Rakyat Sabar Hadapi Banjir
KUANTAN: Tengku Mahkota
Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu rakyat bersabar dalam
menghadapi musibah banjir yang mula melanda negeri berkenaan sejak
semalam.
Beliau berkata, hujan lebat sejak Ahad
lalu menyebabkan beberapa daerah dilanda banjir termasuk bandar Kuantan
yang hampir lumpuh kerana kebanyakan jalan utama sudah dinaiki air.
Katanya, keselamatan perlu diutamakan kerana berkemungkinan banjir akan menjadi lebih buruk memandangkan hujan masih belum reda.
Katanya, keselamatan perlu diutamakan kerana berkemungkinan banjir akan menjadi lebih buruk memandangkan hujan masih belum reda.
"Saya berharap mangsa banjir bersabar
dengan dugaan yang melanda sekarang ini dan mengikut segala arahan
daripada pihak berkuasa.
"Banjir kali ini luar biasa hingga
hampir menenggelamkan bandar Kuantan dan menyebabkan jalan utama dinaiki
air hanya dalam masa satu hari," katanya ketika ditemui selepas melawat
mangsa banjir di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), di sini,
sebentar tadi
-Harian Metro
Hampir 800 Dipindahkan Di Kemaman
KUALA TERENGGANU:
Hampir 800 penduduk terpaksa dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan
sehingga tengah hari ini akibat banjir dengan kesemuanya adalah dari
daerah Kemaman.
PENDUDUK
Kampung Gudang Rasau, Syed Azwan Syed Hamid terpaksa menggunakan perahu
selepas rumahnya dinaiki air sedalam dua meter sejak tengah malam tadi.
Pic Zulkepli Osman/ FB Harian Metro
Keadaan banjir dilaporkan semakin buruk dengan kebanyakan sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras amaran.
Mangsa di Kemaman ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan (SK) Ibok, Balai Raya Padang Kemunting, GPW Seberang Tayor,
Masjid Batu 14, SK Seberang Tayor, Dewan Orang Ramai Teladas dan Surau
Haji Osman.
Sebahagian lain ditempatkan di Dewan
Orang Ramai Gong Cengal, SK Kemasik, Masjid Lama Padang Kubu, Rumah Tamu
Padang Kubu, Dewan Oerang Ramai Batu 14, SK Telok Kalong, Masjid
Kampung Batu 16 dan Dewan Sivik Pasir Gajah.
Beberapa batang jalan di daerah Kemaman/Dungun ditutup termasuk Jalan Kemasik/Air Jernih/Ibuk/Paman (Kampung Paya Seratus),
Jalan Air Putih/Teladas Sec 1.0 (Jambatan) yang ditenggelami
air sedalam 0.6 hingga 1.6 meter.
Jalan Jerangau/Jabor (Kampung Tebok)
pula ditutup kerana air melintas manakala Jalan Jerangau/ Jabor (Ceneh)
dibuka selorong disebabkan tanah runtuh.
Di Hulu Terengganu pula, jalan yang
ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Bukit Diman/Pengkalan
Ajal/Simpang Felda Tersat
(Pengkalan Ajal), jalan masuk utama
Felda Mengkawang/Tersat (Kampung Lubuk Periuk), jalan masuk utama Felda
Mengkawang/Tersat (Kampung Peneh).
Sementara itu, beberapa batang sungai
utama telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai,
Sungai Tebak dan Sungai Cerol Kemaman, Sungai Kemaman dan Sungai Berang
Hulu Terengganu.
Sungai Besut di Jambatan Keruak dan di
Kampung La sudah melepasi paras amaran, begitu juga dengan Sungai Dungun
di Pasir Raja, Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Dungun di Jambatan
Jerangau, Sungai Berang di Hulu Terengganu dan Sungai Marang di
Pengkalan Berangan. - UTUSAN
-Utusan Online
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131203/dn_25/Banjir-Hampir-800-dipindahkan-di-Kemaman
Mangsa Pertama Diragut Di Pantai Timur
CHUKAI:
Banjir di Pantai Timur meragut mangsa pertama apabila mayat seorang
remaja berusia 17 tahun ditemui di Sungai Pelantoh dekat sini, tengah
malam tadi.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan
keluar memukat bersama ayahnya apabila bot yang mereka naiki terbalik
akibat arus sungai yang deras.
-Berita Harian
Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Johor Kini 4,765 orang
JOHOR BHARU: Jumlah
mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ini terus
meningkat kepada 4,765 berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pagi
semalam.
Sehingga jam 11 pagi tadi, daerah yang
paling teruk terjejas adalah Mersing dengan 4,247 mangsa sudah
dipindahkan ke 18 pusat pemindahan banjir.
Selain itu, daerah lain yang turut terjejas adalah Segamat dengan 402 mangsa Kluang 82 dan Kota Tinggi, 31 mangsa.
Selain itu, daerah lain yang turut terjejas adalah Segamat dengan 402 mangsa Kluang 82 dan Kota Tinggi, 31 mangsa.
Sementara itu, keadaan banjir di daerah Muar dilihat kembali pulih pada pagi ini.
-Berita Harian
Hujan Lebat Dijangka Berterusan Di Pahang Dan Terengganu
KUALA LUMPUR: Jabatan
Meteorologi Malaysia pagi tadi mengeluarkan amaran hujan lebat
peringkat jingga di Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan
sepanjang hari ini.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam
laman sesawangnya, jabatan itu memaklumkan kawasan yang terbabit di
Pahang ialah daerah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Terengganu
membabitkan daerah Dungun serta Kemaman.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah.
Selain itu, nasihat hujan lebat
peringkat kuning yang boleh menyebabkan banjir juga dikeluarkan di
beberapa tempat lain iaitu di daerah Bera, Jerantut dan Maran (Pahang),
Terengganu (daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu
Terengganu) dan Johor (daerah Mersing dan Segamat).
-Harian Metro
Di Johor, 1,502 Dipindah
JOHOR BHARU:
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di
negeri ini terus meningkat kepada 1,502 mangsa berikutan hujan lebat
yang melanda negeri itu sejak pagi semalam.
Antara daerah yang teruk terjejas akibat
banjir ialah Segamat dengan 751 mangsa sudah dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir dengan diikuti Mersing 561 mangsa dan Kluang dengan
156 mangsa
Selain itu, daerah lain yang turut
menerima kesan bencana banjir ialah Muar 35 mangsa dan Kota Tinggi yang
mencatatkan 31 mangsa sudah dipindahkan.
-Berita Harian
Di Pahang, Lebih 5,000 Dipindahkan
KUANTAN: Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin,
Kuantan, Pekan dan Maran.
"Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23
kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika
dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.
Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai
Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua
kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter.
-Bernama
Makin Ramai Mangsa Banjir Dipindah
SEGAMAT: Seramai
121 individu dari 23 keluarga di Kampung Sungai Gatom dan Kampung Usaha
Jaya, Labis, dekat sini, dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir
sehingga pukul 2.40 petang, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Banjir Dun
Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, berkata, pusat pemindahan banjir itu dibuka
kira-kira pukul 11.30 pagi semalam, selepas air di Sungai Labis dan
Sungai Karas melimpahi tebing.
“Dua pusat pemindahan yang telah dibuka
di Dun Tenang ialah di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Gatom yang
menempatkan seramai 81 orang dari 15 keluarga dan Balairaya Kampung
Usaha Jaya dengan 40 mangsa dari lapan keluarga.
“Paras air sungai naik berikutan hujan
berterusan sejak Sabtu lalu. Dijangkakan lebih banyak pusat pemindahan
akan dibuka menjelang malam ini (semalam) kerana keadaan hujan masih
lagi turun dan paras air di beberapa batang sungai di kawasan ini terus
meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat mangsa banjir di Kampung Sungai Gatom, di sini, semalam.
Mohd Azahar turut mengingatkan semua
penduduk di kawasan ini khususnya meraka yang tinggal di kawasan rendah
agar membuat persiapan dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan
berbuat demikian.
Sementara itu, seorang penduduk di
Kampung Paya Merah Lama, Zaidah Daud, 28, berkata, dia sekeluarga
terpaksa memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi kerana rumahnya
dimasuki air setinggi satu kaki tengahari semalam.
“Pengalaman menghadapi banjir pada 2006
dan 2011 membuatkan saya bersiap lebih awal kerana air di kawasan ini
selalunya naik dengan begitu cepat dan bimbang jika air naik pada waktu
malam akan menyukarkan proses pemindahan dilakukan serta merbahaya.
“Saya dan keluarga hanya menanti arahan
daripada pihak berwajib untuk berpindah kerana rumah saya sudah tidak
boleh didiami lagi kerana sudah dimasuki air,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, beberapa
daerah di negeri Johor sudah dinaiki air seperti di Segamat, Mersing dan
Kota Tinggi.
Menurutnya, di Segamat, beberapa buah kampung telah dinaiki air termasuk di Kampung Paya Merah Lama dan Kampung Sungai Gatom.
“Selain itu, beberapa buah kawasan yang
rendah seperti di Seberang Batu Badak, Kampung Awat, dan Kampung Serdang
juga telah dinaiki air.
“Di Mersing seperti di Kampung Baru Air
Tawar dan Endau juga telah banjir. Sehingga jam 8 pagi semalam, paras
air di Sungai Muar dan Sungai Labis telah melepasi paras amaran dan
hujan berterusan dijangka sehingga esok (hari ini),” katanya.
-Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/23-keluarga-dipindahkan-di-labis-1.226709
http://www.sinarharian.com.my/23-keluarga-dipindahkan-di-labis-1.226709
0 comments:
Post a Comment